
I MISS YOU, STILL
Artis: Alex Ungku
Komposer / Lirik / Produser: Azfar Jamili / Ungku Iskandar Asyraf
Alex Ungku awal tahun ini merilis “Let Me In” single kolaborasi bersama Bil Musa yang mengangkat feel brand new R&B yang cukup baik penghasilannya baik daripada penciptaan melodi, lirik, kualiti produksi sehinggalah chemistry kedua-dua mereka.
Kelibat muzik Alex Ungku lebih awal mencuri perhatian pengikur Urban Pop tempatan ketika dia bersama produser MFMF. menerbitkan single “Summer Love” tahun lalu. Sejak itu nama Alex Ungku semakin dikenali bersama barisan bakat lain seperti Lunadira, Midnight Fusic dan Airliftz antaranya.
Terkini meneruskan ilham muzik R&B, Alex Ungku hadir lebih gloomy dan moody menerusi single “I Miss You, Still” yang ditulis bersama Azfar Jamili atau lebih dikenali dengan stage name Afaro.
Single ini datang dalam idea serupa “Let Me In” namun dalam perasaan yang lebih gelap seiring penulisan liriknya dalam bait-bait seperti “They say I’m crazy for thinking of you, still.” Lagu-lagu begini saya kira dekat dengan ilham Pop semasa global hari ini seperti apa yang ditawarkan RUEL, Troye Sivan antaranya.
“I Miss You, Still” terhasil okey bagi saya, hook pada melodinya kurang dirasai jika hanya mendengar sekali dua, namun mampu menangkap pendengaran setelah beberapa kali diulang. Untuk pasaran besar tempatan lagu ini mungkin agak sukar menembus ketidakbiasaan pendengar biasa dengan muzik begini.
Namun Alex Ungku is another music treasure yang harus kita raikan bakatnya kerana visi muziknya besar dan hal ini penting bagi meninggikan standard muzik tempatan. Saya berharap akan ada kolaborasi bersama MFMF. untuk single berbahasa Malaysia daripada Alex Ungku selepas ini.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN
Kolaborasi Pop Bil Musa, Alex Ungku & MFMF. Menerusi “Let Me In”