
Album: Nadhif
Artis: Nadhif Basalamah
Produser: Petra Sihombing / Mikha Angelo / Ibnu Dian / Yoshua Gian
Nadhif Basalamah bakat yang semakin diberi perhatian lewat single “Penjaga Hati” yang cukup booming mengangkat namanya sebaris gagasan pemuzik Indonesia baru yang lain. Dengan terampilan melodi yang simple, riff yang mengikat dan lirik yang relatable, Nadhif berjaya mencuri perhatian.
Bersama Petra Sihombing yang menyiapkan hampir keseluruhan album perdananya ini, maka terhasil lapan lagu yang sekali la membentuk sebuah album yang melambangkan pemikiran, jiwa dan identiti bermuzik Nadhif.
Jika mahu digerakkan secara konsep, album ini dekat dengan ilham Pop Easy-Listening yang banyak dibawa John Mayer, Ed Sheeran antaranya dan jika di Indonesia apa yang sudah Nadhif hasilkan ini sudah dihasilkan Mikha Angelo di album solonya.
Album ini dibuka dengan “Tulis / Terapi” (Petra Sihombing / Nadhif) yang bergerak sebagai melodi pembuka yang sangat baik. Intro lagu ini sudah membuat saya teringatkan John Mayer. Kelembutan suara Nadhif menjadi sakti utama untuk kita sangat menyenangi lagu-lagunya. Hal ini jelas dalam lagu seperti “Tiba-Tiba Jumat Lagi”.

Pendengaran saya benar-benar teralih dengan melodi “Jatuh Cinta Lagi” (Mikha Angelo / Nadhif / Rafi Sulaiman) yang kesayuannya benar-benar menyentuh sejujurnya. Peralihan verse ke korusnya begitu flawless. Nadhiff pencerita yang soft-hearted, setiap bait yang dilantun begitu mengalir sebaiknya. “Ku rasa ku jatuh cinta lagi.” Saya jangkakan lagu ini akan digilai.
“Sesuatu” dan “Isi Kepalaku” bergerak sebagai sebuah momentum yang baik meneruskan kelangsungan album berdurasi lebih 30 minit ini. Feel Folk & Country di lagu “Isi Kepalaku” terhasil cukup menyenangkan dan sekali lagi benar-benar mengeluarkan attitude bermuzik Nadhif.
Album ini ditutup dengan “Bersimpuh” sebagai trak penyembuhan daripada segala fasa galau, turun juga naik Nadhif sebagai pencerita di album ini. It’s like a spiritual song “Semalam ku tak sendiri // Semalam kau temaniku // Dalam sujud ku // Bersimpuh di hadap-Mu” Nadhif meneroka jiwa paling dalam dan terendah sebagai manusia. “Tak sanggup ku // Tanpa diri-Mu”
Sebagai sebuah debut album saya kira Nadhif sangat berjaya menghasilkan sesuatu yang cukup solid. Dia tahu apa yang bagus untuknya dan apa yang dihasilkan menerusi album ini tidak berlebihan. Secukupnya untuk kita meresapi segala idea, pemikiran dan cerita yang mahu dikongsikan.
7.5/10
ARTIKEL BERKAITAN