
Album: A.R
Artis: Aisha Retno
Produser: Sharon Paul / MFMF. / Aziz Harun / Glowrush / Omar K / Hanis Rafi / Iqie Hugh / John Jeeves
Harapan besar saya sebetulnya untuk bakat sehebat Aisha ini untuk melihat dia melebarkan langkah bermuziknya dengan lebih jaya. Aisha sudah buktikan pada kita kelebihannya di pentas, bermuzik, menghasilkan hits dan kemampuannya menjerat penggemar muzik muda dengan sangat baik.
Jadi penghasilan EP dengan initial A.R ini penting sebagai langkahnya untuk ke fasa berikutnya dalam bidang muzik. “W.H.U.T”, “Jarak”, “I.L.S.M” sehingga yang terakhir “Ternoktah” bagi bergerak sebagai fasa pengenalan. Dan apa langkah seterusnya? Itu menjadi satu hal kritikal yang harus difikirkan Aisha bersama pengurusannya.
Penghasilan single baru itu pasti, saya kira setiap lima bulan Aisha harus konsisten. Dan di sela seli itu lagu-lagunya harus terus diketengahkan pada cara paling dekat dengan penggemar muda khususnya (Mungkin juga endorsement). Jadi saya kira jika melihat data yang sedia ada sememangnya Aisha sangat disenangi dengan lagu-lagu Inggerisnya seperti “W.H.U.T” terutamanya.
Ini jaluran yang harus dia terus terokai lebih lagi. Sebagai anak muda yang ada bakat menyanyi, menulis lagu sendiri dan peka dengan pasaran muzik semasa, Aisha pelapis bintang Pop yang harus terus diraikan dan dijaga sebaiknya kerana potensi yang dia ada sangat besar. She’s young dan Aisha ada citarasa bermuzik yang sangat baik.
Berbalik pada “A.R” – EP ini datang dengan lima trak yang diisi dengan dua lagu yang belum dirilis sebelumnya – “Teduh” dan “Cukuplah” yang terhasil dalam kemasan muzik Pop dalam feel R&B Aisha yang cukup soulful.
“Teduh” (Aisha Retno / John Jeeves / Iqie Hugh) memberi vibes Yura Yunita di intronya. Penghasilan lagu ini begitu memberi kelebihan buat Aisha membebaskan feel dalam nyanyiannya dengan sangat lepas sekali. Saya puas mendengar persembahan vokalnya. Melodi lagu ini cukup mudah menangkap pendengaran dan mengikat dengan sekali dengar.
Penulisan liriknya juga sangat baik, datang dengan vibe yang sangat positif dan menyenangkan. “Izinkanlah ku hadir // Ke dakapanmu // Jadikan kasihmu rumah // Teduh” dan hal ini penting untuk penyanyi semuda Aisha daripada terus terjerat dalam penceritaan patah hati semata-mata.
“Cukuplah” (Firdaus Rahmat / Aisha Retno / John Jeeves) sebuah lagi baru yang diisi di EP ini dengan sangat menyenangkan. Petikan piano yang mengiringi hampir keseluruah lagu ini cukup membuai. Komposisi lagu ini sangat baik untuk mentafsir sifat bermuzik Aisha Retno itu sendiri. Sekali lagi saya sengang dengan penulisan liriknya yang membawa ilham self-empowerment.
Persembahan vokal Aisha sekali lagi sempurna membaluti kehendak melodi dan kemasan muzik di lagu ini. Runs Aisha juga semakin kemas. “Cukuplah” saya kira menjadi antara lagu terbaik yang pernah dirakam Aisha sehingga hari ini.
Bersama John Jeeves dan Firdaus ilham Piano Pop di lagu ini sangat menyerlahkan persembahan vokal Aisha yang cukup soulful sekali gus menghasilkan sound yang begitu tinggi standardnya.
ARTIKEL BERKAITAN