Lagu: Di Pagi Raya Ini
Artis: Dayang Nurfaizah
Komposer / Lirik: Ahmad Izham Omar
Produser: Audi Mok
Pasaran Pop Raya tahun ini bergerak progresif dengan senarai rilis yang datang dengan cukup meriah sekali. Semakin banyak lagu baru dihasilkan dalam feel muzik semasa yang lebih current seperti apa yang ditawarkan kebanyakan penyanyi baru.
Satu antara lagu baru yang terhasil menarik adalah karya Ahmad Izham Omar yang sekian lama tidak menghadirkan sebarang naskhah terbaru hadir menghasilkan sebuah lagu raya istimewa berjudul “Di Pagi Raya Ini”.
Dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah, lagu ini merupakan sebuah ciptaan khusus untuk semua individu yang berada di barisan hadapan dalam mengharungi fasa pandemik Covid-19.
Dedikasi khas ini dihadirkan dalam melodi lembut dengan lirik sederhana menyentuh. Antara bait yang istimewa dalam penulisan lirik Ahmad Izham Omar “Apa khabar semua sana? Harap kau berada di dalam Rahmat-Nya”
Ahmad Izham Omar yang cukup dikenali dengan karya R&B Pop menerusi hits seperti Akhirnya (Innuendo & Camelia), Tak Rela (Liza Aziz) memilih Audi Mok bertindak sebagai penerbit lagu ini yang memercik elemen Pop dalam persembahan merdu Dayang sepanjang lagu.
Semoga kolaborasi tiga bakat muzik ini akan diteruskan untuk sebuah lagi naskhah Pop R&B dalam feel 90’s vibe ala Anita Baker. Lets pray hard for it 😉