
Album: Sonder
Artis: Afgan
Produser: Maestro The Baker / Eddie Serafica / ADP / William Leong
Semakin pasti dengan langkah bermuzik yang dipilih, Afgan tidak menoleh ke belakang lagi di saat membuat keputusan mengeksplorasi ramuan baru muziknya untuk bertumbuh sebagai penghibur yang matang seiring usia.
“Wallflower” yang beredar di tahun 2021 menjadi langkah pemula. Menghasilkan sebuah album berbahasa inggeris sepenuhnya bukanlah hal baru pemuzik Indonesia namun menghasilkan album inggeris dengan tenaga kerja luar itu satu hal besar untuk Afgan yang sebetulnya boleh saja selesa dengan penghasilan lagu-lagu galaunya.
Namun untuk berhasil sebagai pemuzik yang bebas berkarya dia tahu ada hal baru yang harus dia lakukan agak tidak stagnant dengan idea serupa. Maka dengan itu Afgan bergerak bersama pengurusan muziknya untuk mencabar keupayaan yang ada.
“Wallflower” percubaan yang okey bagi saya. Ia tidaklah terhasil sempurna dan tidak salah jika saya katakan album itu tidak solid dalam membentuk satu sound Afgan. Yang ada di album itu adalah bunyian Pop semasa di pasaran global tetapi jiwa Afgan itu tidak terasa di hampir keseluruhan album.
Jadi di saat dia mengumumkan penghasilan “Sonder” sebagai percubaan keduanya saya tidak terlalu berharap akan apa-apa. Namun ketika “Shallow Water” diedarkan saya dapat meresapi jiwa Afgan yang pernah saya dapay lagu-lagu berbahasa Indonesianya.
“Shallow Water” terhasil cukup current dengan sound yang cukup dekat dengan muzik JVKE – dengan riff pada pianonya yang melatari keseluruhan lagu dengan cukup mengikat. Vokal Afgan cukup solid di lagu ini, jiwanya menyatu sangat baik dengan penghasilan melodi dan keseluruhan lagu.
“Lonely Night” bergerak semakin baik. Betul apa yang dikatakan Afgan ketika saya menemubualnya dulu, album ini ada rujukan muzik the weeknd dan hal ini jelas di lagu ini. R&B di lagu ini sempurna buat Afgan mengeluarkan attitude nya dalam bermuzik. Groove nya dirasai sekali.
Dan berbicara tentang groove dia sekali membuktikan tanpa perlu terikat pada panahan lagu-lagu Balada, Afgan yang baru ini cukup fun membelah kesayuan yang ada padanya sebelum ini. “Escape” kolaborasi bersama Jessi bergerak sebagai focus trak di album ini menjadi antara lagu yang paling fun untuk dinikmati di album ini. Korusnya menjadi killer utama dan chemistry muzik Afgan dan Jessi benar-benar dirasai.
Sebuah lagi kolaborasi yang dihas”ilkan di EP ini adalah “Criminal” yang sekali lagi kembali dalam ilham new R&B seperti yang ada di lagu “Lonely Night”. Saya sukakan corak vokal Afgan di lagu ini, dinamiknya dirasai biar cukup sederhana. Feel Afgan dan Thuy berjaya memberi satu nuansa yang menyenangka untuk menikmati lagu ini.
“Missing The Old Days” menutup dengan ilham stripped down yang lebih nyaman. Muzik Lo-fi di lagu ini dengan melodi yang mengikat dengan sekali dengar menjadikan ia cukup istimewa. Soul Afgan lebih nyata di lagu ini dengan cukup sederhana dia mewarnakan lagu ini dengan secukupnya.
Berbanding “Wallflower” saya kira “Sonder” hadir lebih solid dan meyakinkan. Jiwa bermuzik Afgan benar-benar dirasai di EP ini. Percubaan yang semakin baik, semakin matang dan semakin menghiburkan.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN