Adrian Khalif di awal kemunculannya bersama Dipha Barus menerusi single “Made In Jakarta” hadir dalam pesona yang cukup impresif. Namanya mula disebut-sebut sebagai barisan anak muda yang akan meneruskan legasi cemerlang pasaran Pop seberang.
Dengan serta feel R&B juga soul yang dimilikinya dia tanpa membuang masa setelah “Made In Jakarta” tampil dengan single kedua berjudul “Flawless/Merona” yang siap meletakkan namanya sebaris penghibur atas yang lainnya.
Nama Adrian Khalif sekali lagi menjadi perhatian ketika dia memenangi trofi “Artis Baru Lelaki Terbaik” Anugerah Planet Muzik (APM 2018) tahun lalu.
Dan di lewat tahun lalu dia sekali lagi tampil memukau dengan rakaman duet bersama Cantika Abigail menerusi lagu “Take Care” yang datang dengan ilham neo-r&b yang cukup mempesona.
Hampir lapan bulan “Take Care” beredar, Adrian siap tampil dengan mini album perdananya yang diberi judul “Feelings Under Construction” yang berisi 3 Lagu karya ciptanya bersama komposer lainnya.
Dibuka dengan ilham synth Pop “Morning Light” dengan penampilan istimewa Ben Sihombing yang turut membuahkan ilhamnya untuk lagu ini. Groove Adrian dirasai sekali dalam persembahan vokalnya yang sederhana.
“So Long Girl” meneruskan sisi Pop “Made In Jakarta” dengan fell R&B pada kemasan muziknya yang memiliki signature spirit Adrian dalam single sebelumnya. Pendengaran saya lebih terikat dengan “Utopia” yang menurut saya lagu terbaik di EP ini dan mungkin juga lagu terbaik Adrian dalam bermuzik sejak 2017.
Lagu ini hadir dengan ilham Pop / Ballad yang bergerak menjadi lebih R&B dan jazzy di tengahnya. Saya terbuai dengan kemasan muzik Marco Steffiano dengan lirik yang melekat bermakna terutama di bait “Seluruh aku milikku, Sematkanlah semaumu, Tlah kuberikan kuncinya, Buka aku semaunya.” dan disambung dengan realisme perasaan penuh cinta “Ku berikan pintu syurga, Ini benar Utopia, Kini ku tlah di dalamnya, Siap ku tinggalkan dunia.”
Sejujurnya saya tidak puas dengan hanya 3 lagu yang mengisi EP ini, mungkin jika 5 ia lebih memuaskan tetapi saya kira Adrian mungkin tidak mahu membazirkan banyak karya tanpa didengari sebaiknya pendengar.
EP ini saya kira cukup segar untuk anda yang mahukan sesuatu feel segar tetapi masih Indonesia jiwanya terutama sekali di lagu “Utopia” yang sudah berapa kali sudah saya ulang sehingga artikel ini siap ditulis. A very good song!
7.6/10
ARTIKEL BERKAITAN
Usai Fasa 7 Bulan Berehat, Raisa Tampil Dengan Single “Kembali”