Keberagaman muzik Indonesia dengan skala muzik yang cukup luas atas faktor demografik yang luas saya kira membenarkan setiap pasaran muzik dalam genre berbeza diterima dengan cukup terbuka. Apa sahaja genre muzik yang ditawarkan di sana pasti datang dengan kelompok penggemar yang cukup besar sekali dan ya situasi ini nyata berbeza dengan apa yang kita ada. Pasaran muzik Malaysia kecil jika boleh saya rangkumkan – kelompok Pop Radio, Indie dan Rock.Dalam entri kali ini saya ingin berbicara tentang bakat muda bernama Rendy Pandugo yang melahirkan album debut The Journey yang cukup kental feel Pop ala John Mayer, Jason Mraz dengan campuran brit Pop cara Coldplay.
Album ini dibuka lembut gitar Float in The Sky yang lantas mengingatkan saya pada beberapa trak Mumford & Sons. Liriknya baik sekali “I wanna fly and take me higher. I’ll take you full ride, float in the sky.” Saya sangat enjoy dengan korus lagu ini yang cukup catchy sekali.
Rendy mencorak Pop versinya dengan cukup baik sekali. Lagu-lagu seperti Won’t Let Me Down, By My Side dan Silver Rain cukup relaxing sekali. Pendengaran saya teralih pada lagu seperti 7 Daysyang begitu John Mayer sekali dan Don’t Call Me Baby yang punya feel Jason Mraz.

Above all, lagu paling meninggalkan kesan pada saya adalah trak penutup album ini, I Know The Answer yang datang dengan feel soul pada rencah muziknya. Cuma saya kurang puas mendengar penyampaian Rendy menerusi lagu ini. Punch nya kurang dirasai namun ia bukanlah sebuah persembahan yang gagal.
The Journey saya kira sebuah album yang cukup personal sekali. Elemen muziknya bergerak atas prisma muzik yang komersil tetapi masih kental nilai estetika terutama di department rakaman dan susunan muziknya.
Bila mendengar keseluruhan album ini saya hanya mampu bertanya pada diri sendir, jika ada bakat tempatan (Malaysia) yang datang dalam pakej serupa, adakah pendengar kita bersedia memberi perhatian yang sama sepertimana masyarakat muzik Indonesia menyokong Rendy Pandugo?