Karier Sheila Majid saya bahagikan kepada dua fasa – lima album terawal (Dimensi Baru, Emosi, Warna, Legenda & Ratu) dan fasa selepas perceraian bersama Roslan Aziz bermula dengan Ku Mohon, Cinta Kita dan selepas 13 muncul album perdana ini yang berjudul Boneka.
Terus-terang pertama kali mendengar album ini saya jadi kurang berminat. Kenapa? Sebab jauh di sudut hati saya mahukan produk terbaru Sheila Majid ini solid sepertimana Ratu (1995) atau Emosi (1986) which is dua album favourite saya daripada ratu yang satu ini.
Namun seperti tulisan awal saya tadi Sheila bergerak dalam dua fasa berbeza kerjayanya. Dan di fasa kedua sejujurnya bagi saya adalah zon di mana Sheila mencari arah baru yang tidak lari jauh sebenarnya daripada fasa pertama cuma dia mahu kedengaran lebih matang, segar dan tersendiri yang pastinya boleh caterdua pasaran utamanya iaitu Malaysia dan Indonesia.
Ku Mohon dan Cinta Kita adalah dua album paling kurang saya gemari especially Cinta Kita yang terlalu kuat pengaruh Indo Pop nya (But Kerinduanis a masterpiece!). Dan perkara yang sama sebetulnya happened dalam Boneka. Disebabkan itu saya beritahu awal tadi saya agak kurang minat ketika kali pertama mendengar Boneka.
Namun, sebagai pendengar yang kritikal saya tidak hanya mahu menilai Boneka atas rasa personal semata-mata. Saya melihat kembali, mendengar dan memahami apa yang Sheila selesa sekarang. Dan ya, Sheila Majid yang dikemudi Tohpati hari ini adalah apa yang mahu dia tawarkan kepada peminatnya.
Jadi saya tidak lagi mengharapkan the next Sheila akan menjadi seperti Ratu atau Emosi. Ia akan ada acuan Cinta Kita dan Boneka tetapi dengan kematangan muzik yang berbeza atau lebih baik lagi. Oleh demikian, saya mahu menilai Boneka dengan satu perspektif berbeza tanpa mahu membandingkan Boneka dengan Ratu atau Emosi.
REVIEW BERMULA DI SINI…
Album ini dibuka cukup baik dengan Melukis Dunia (Tohpati) yang punya feel festive songs dengan lirik yang sangat sing along. “Pagi siang malam muzik dalam hatiku tak henti…”Saya fikir lagu-lagu ini ibarat rendisi terkini Warna, Sinaran, Memori, Bahagia dan Panorama melodinya bergerak atas landasan Pop serupa dengan susunan muzik lebih segar dan kedengaran moden.
Lagu-lagu begini sememangnya makanan Sheila dan sebagai peminatnya saya masih mahu melodi begini. Begitu juga dengan idea dalam lagu Bonekanukilan Kevin Chin (Beribu Sesalan, Pencuri Hati) Irwan Simanjuntak sebagai produser bagi saya bijak dalam mengemudi Pop Sheila yang baru ini dengan cara paling genius.
Boneka jika dinilai pada penciptaan melodi sekadar biasa-biasa sahaja sebetulnya atau saya sebut sebagai predictable. Akan tetapi lagu ini dikemaskan dengan satu produksi muzik yang cukup baik. Jika dapat pada tangan arranger biasa lagu ini akan kedengaran Pop dengan elemen Bossa (atau mencuba untuk bunyi-bunyi k-pop tak jadi, you know who) yang biasa-biasa sahaja.
Kemasan produksi dalam lagu Boneka yang saya maksudkan adalah penggunaan real trumpet instead of programming dan vokal Jeanette Prissilia yang menyatu baik dalam memberi justice pada kemasan vokal Sheila.
Bahagian bait “Sesuka hatimu…”dan “Je suis puppet…” antara yang lift up the mood of the songs untuk jadi solid sebagai sebuah Pop yang berkelas.
Lebih Dewasa (Pacai) meneruskan beat-beat Pop dalam Melukis Dunia dan Boneka. Ketiga-tiganya lengkap sebagai sebuah naskhah yang cukup sedap didengar dan mudah untuk dinikmati hanya dengan sekali pendengaran.
Ku Nanti (Tohpati) another good songs dalam Boneka. Moderate pop begini akan sentiasa buat kita senang mendengar tenang dan merdu yang ada pada penyampaian Sheila Majid. Lagu-lagu begini tak susah untuk penggemar Sheila hadam.
Haruskah Ku Pergi (Tohpati), Lara Di Dada (Omar K) dan Aku Untukmu (Tohpati) kesinambungan balada hebat seperti Kerinduan, Cinta Jangan Kau Pergi, Ku Mohon, Selamanya, dan Sinaran Cinta. Killer lagu-lagu begini tentu saja korusnya.
Lagu-lagu begini saya sifatkan sebagai lagu-lagu yang akan begitu mudah dekat dengan pengikut Sheila khususnya. Lagu-lagu yang pasti akan dinyanyikan bersama dalam mana-mana konsert atau show bintang Pop ini.
Namun dalam banyak-banyak ballad dalam album ini saya paling tertarik dengan melodi Azman Abu Hassan dalam lagu Kasih Abadi. Susunan string Alvin Witarsa Chamber Strings dalam lagu melengkapkan Kasih Abadi sebagai sebuah melodi paling romantis dalam Boneka. This is a perfect wedding song!
Boneka ditutup dengan dua lagu berikutnya Kasih Kamu (Omar K) dan My All (Najwa Mahiaddin). Saya sekadar okey dengan melodi Kasih Kamu sebab bagi saya My All lebih sedap, sesuai dengan kematangan Sheila sebagai performer. Lagu-lagu begini akan sentiasa buat saja enjoy dan terbuai dengan persembahan Sheila.
Overall, selepas berbulan-bulan album ini saya mendengar masih belum ada lagi ruang bosan. Saya simpulkan produksi Boneka sebagai naskhah yang secukup rasa – tiada kurang dan tiada apa yang terlalu berlebihan. Album ini direncana dengan cukup kemas sebagai persembahan Pop Sheila yang akan sentiasa dinikmati penggemarnya.
This is definitely bukan untuk generasi Haqiem Rusli atau G-Dragon dan sejujurnya Sheila tak perlukan perhatian daripada generasi begini untuk menikmatinya. Oleh yang demikian, saya kira semakin ‘berusia’ Sheila di persada muzik lokal, semakin tinggi nilai exclusivity yang ada padanya. Yes, old is gold!
Verdik: ★★★★★