
Pasaran muzik tempatan tahun ini bergerak cukup agresif terutama sekali dengan kehadiran bakat-bakat urban tempatan yang menunjukkan masa depan cukup cerah muzik Malaysia ke arah yang lebih membanggakan.
Suka saya untuk menyebut beberapa nama yang cukup hebat tahun ini mencipta momen yang cukup cemerlang antaranya Alif, MFMF. , Zamaera, Bil Musa, NJWA, Lunadira bersama produser muda Anuar Roslan antara yang cukup memikat.
Di barisan Pop, kolaborasi produser muda Ezra Kong dan Hael Husaini serta The Faithmen (Faizal Tahir, Mike Chan & Mage) memberi satu warna Pop yang lebih progresif serta ke depan tanpa perlu bergantung pada ilham Pop 90-an khususnya dan good thing about it lagu-lagu mereka cukup diterima terbuka oleh pendengar.
Alif semakin cemerlang dengan barisan hits Semua Sudah (Elizabeth Tan), Donde (Andi Bernadee), Berserah (Zizan & Ismail), rangkaian hits kolaborasi bersama SonaOne menerusi album “DETAIL” sehingga yang terkini di bawah label yang dikepalainya Black Hat Cat Records (Gagasan label Warner Music Malaysia) menghasilkan single perdana berjudul “Mimpi” persembahan K-Clique mencipta satu kosmik muzik yang cukup baik.
Joe Flizzow sebagai otai besar Hip-Hop tempatan menerusi gerakan “16 Baris” saya kira sudah mampu duduk bangga melihat perkembangan positif Hip-Hop yang akan berterusan cerah pasaran muziknya setidak-tidaknya untuk jangka masa 3 hingga 5 tahun mendatang.
PERKEMBANGAN POP SEMASA 2019
Jika mahu diukur kejayaan muzik kita dengan melihat carta teratas radio tempatan juga jumlah strim, saya kira kita masih stuck dengan ilham lapok yang tidak memberi sumbangan dalam perkembangan positif muzik.
Lagu-lagu seperti Alala Sayang (Azzara Band), Derita (Isma Sane), Teguh Setia (Munah Shahirah), Perasaanku (Fieya Julia), Pujaan Hati (Adira) terlalu mengambil ilham balada berulang yang membosankan. Sekali pun pasaran muzik mereka luas (populariti) sejujurnya masa depan masih kabur untuk bakat-bakat ini.
Bakat-bakat baru bersifat filler yang akan lenyap dari radar dua tiga tahun mendatang dengan rangkaian lagu yang buat Muzik lokal ketinggalan
Dan bercakap tentang Balada, Farouk Roman antara komposer yang tampil dominan dalam beberapa Balada dengan penerbitan muzik yang berkelas.
Lagu-lagu seperti Tetap Kamu (Amylea x Megat), Tiada Dirimu (Shila Amzah) dan Bukan Cinta (Amylea) tampil dengan produksi muzik yang baik. Biasan Melly Goeslaw lokal barangkali tetapi it’s ok kerana penghasilannya masih berkualiti.
Pengaruh drama TV masih lagi kelihatan membantu populariti lagu-lagu tempatan, Amylea khususnya yang kembali berjaya memikat pasaran muzik tampatan. Sejak drama rantaian Nur – kolaborasi bersama Kaer tahun lalu, formula serupa diilhamkan dalam penghasilan Tetap Kamu.
Dan menerusi drama Nur 2 Farouk dan Amylea menghasilkan original songs yang mengikut kehendak jalan cerita serta karakter drama tersebut dengan baik sekali.
Perkembangan ini okey sebetulnya dalam membantu sesebuah lagu itu untuk popular. Lihat sahaja bagaimana booming sekali “Sumpah” Naim Daniel yang melatari drama “Pia” yang muzik videonya ditonton lebih 10 Juta di YouTube sehingga artikel ini ditulis.
Hafiz juga kembali ke carta papan atas muzik tempatan kerana lagunya “Kisah Cinta Kita” yang turut menjadi runut bunyi drama rantaian namun sayang lagu itu sebetulnya sekadar biasa-biasa sahaja penghasilannya tapi setidaknya mengembalikan nama Hafiz dalam radar popular.
20 TERBAIK SEPARUH 2019
Semoga akan ada magis dalam perkembangan muzik tempatan agar kembali balance seperti apa yang berlaku di pertengahan 90-an di mana apa jua genre sekali pun mendapat perhatian yang sama banyak.
Be it Ballad, Rock, Pop, Dangdut, Nasyid semuanya diraikan dalam satu yang seimbang. Semua mendapat air play dan quality control masih di tangan A&R Label juga orang kuat radio yang mempunyai citarasa dan ilmu dalam muzik.
Tidak seperti hari ini, muzik tempatan seperti berkelompok dan terlalu bergantung pada jumlah strim dan view semata.
Perlunya ada satu ekosistem yang sihat dalam mendidik pendengar supaya menikmati muzik itu bukan sekadar pada apa yang mereka suka sahaja (personal preference) tetapi perlu lebih faham dan mendalami inspirasi serta prosesnya sesebuah produksi muzik itu dihasilkan. Kerana hanya dengan itu kita mampu menghasilkan generasi celik muzik.

MFMF. Adalah kolaborasi duo “SPUDS” dan Kuizz
MFMF. dilihat sebagai bakat muzik terbaik yang mampu membawa haluan Pop tempatan ke arah yang lebih membanggakan. Tahun ini dengan barisan 5 produksi muzik hebat mereka Aku & Laguku (Hani & Zue), Flashes (Bil Musa), If I (Daiyan Trisha), Summer Lover (Alex Ungku) dan Passin’ Through (Daiyan Trisha) meletakkan standard muzik Malaysia di tahap yang cukup membanggakan. #future
Bakat-bakat senior seperti Faizal Tahir (Ratu, Bisa Aja), Noh Salleh (Debu Bercahaya), Aizat Amdan (Angin Lalu), Dayang Nurfaizah (Sebentar), Bunkface (Pop) masih lagi mempertaruhkan kualiti dalam muzik. Keseimbangan dalam menghasilkan sesuatu yang komersil dan berkualiti masih ada pada nama-nama ini.
Setelah kejayaan “Sampai Bila” karya cipta Sharon Paul – nampaknya semakin ramai penyanyi yang mahukan lagu ciptaan komposer ini dengan idea serupa dan berulang tanpa pembaharuan malah tak salah dikatakan lagu-lagu ciptaan Sharon tahun ini tiada langsung yang sebaik Sampai Bila.
Antara lagu-lagu Sharon yang dirilis tahun ini adalah Simpan Sedikit Rindu (Asmidar), Pernah Bahagia (Sharifah Zarina), Takkan Terlerai (Syamel & Ernie) dan Terlalu Memuja (Wany Hasrita) yang mengulang formula serupa dan terlalu predictable. #blergh

hani & zue
Beberapa bakat baru memikat seperti K-Clique (Sah Tu Satu, Lane Lain Lane), Mafidz (Ada Angin & Hati), Aina Abdul (Shadow, Sumpah), Lunadira (Ur Cute But Boring), Heidi (Kata Hati), Amni Musfirah (Goodbye), Amir Hassan (GYKC) serta yang sudah mencuri tumpuan seperti Aziz Harun (Jauh), Bil Musa (Flashes) juga Daiyan Trisha (If I, Passin’ Through) sudah siap dengan kraf muzik merek yang tampil dengan kualiti.
Hani & Zue setelah beberapa kali percubaan tampil sekali lagi dengan cukup cemerlang dengan naskhah Pop cukup solid yang tampil dengan melodi yang cukup bagus untuk diketengahkan menerusi “Aku & Laguku”. Cuma entah di mana silapnya lagu ini masih kurang mendapat perhatian sedangkan penghasilan muziknya cukup berkelas sekali.
Zamaera cemerlang dengan EP berjudul “Z” yang cukup solid sebagai sebuah lyrical Hip-Hop yang sepatutnya kita banggakan. Lagu-lagu hebatnya seperti “Truth” dan “Almost” menjadi bukti bahawa dia bukan bakat biasa yang harus dipandang sebelah mata.
Berikut senarai lengkap 20 Rilis Terbaik Sebahagian 2019 pilihan MK.

DETAIL (Alif & SonaOne)
Alif & SonaOne
Kartell Industries / Sony Music
Take Love BACK (NJWA)
Darren Ashley / NJWA
Nada Biru Muzik
Flashes (MFMF. & Bil Musa)
Justin Seow / Raja Muizzudin Shah / Nabilah Musa / Wee Zheng Yong
MFMF. Production
Sumpah (Naim Daniel)
Omar K / Naim Daniel
World Peace Entertainment
Ur Cute But Boring (Lunadira)
Lunadira / Anuar Roslan
This Way Up Records
Z (Zamaera)
Floyd Thomas
Lakefront Records
Donde (Andi Bernadee)
Alif
Warner Music (M) Sdn Bhd
Bila Entah (Aisyah Aziz)
Ezra Kong / Hael Husaini
Rocketfuel Entertainment
Aku dan Laguku (Hani & Zue)
Hani / Zue / MFMF.
Yuna Room Records
Angin Lalu (Aizat Amdan)
Anas Amdan / Mel Ramlan / Aizat Amdan
Warner Music (M) Sdn Bhd

Ratu (Faizal Tahir)
Mike Chan / Mage / Faizal Tahir
Faithful Music
Forevermore (Yuna)
A.S Govere / R. Braun / Yunalis Mat Zarai
UMG / A Verve Records
Goodbye (Amni Musfirah)
Amni Musfirah
Amni Musfirah
Passin’ Through (MFMF. & Daiyan Trisha)
Justin Seow / Daiyan Trisha / Raja Muizzudin Shah / Wee Zhen Yong
MFMF. Production
Berserah (Zizan & Ismail Izzani)
Alif
Rocketfuel Entertainment
Sebentar (Dayang Nurfaizah)
Faizal Tahir / Mike Chan / Mage
Faithful Music
Di Tengah Malam (Salammusik)
Ahmad Bulya Abdillah / Ashraaf Ahmad Azlan / Muhammad Jabir)
Salammusik Sdn Bhd
Masa (Fariz Jabba)
Flightsch / Fariz Jabba
M03 Records / Kartell Industries / Sony Music Entertainment
Naraka (Pitahati)
Pitahati
Luncai Emas Sdn Bhd
Debu Bercahaya (Noh Salleh)
Noh Salleh / Adink Permana
Noh Salleh
ARTIKEL BERKAITAN
#502018 Seputar Muzik Malaysia 2018 & Senarai Lengkap 50 Rilis Terbaik