
Pasaran muzik urban lokal sebetulnya lebih menarik dengan barisan pemuzik muda yang cukup tinggi nilai produksinya. Bakat seperti Alif, SonaOne, Bil Musa, Kuizz, MFMF, Hani & Zue, Zamera, Midnight Fusic, Lunadira, Aina Abdul dan nama-nama baru pasaran muzik Hip-Hop telah membuktikan sesuatu yang positif dalam perkembangan muzik tempatan.
Pasaran muzik Popular a.k.a radio a.k.a Instagram dan YouTube berada di tahap yang masih lemah produksi muziknya dengan formula lagu yang berulang, lambakan penyanyi baru yang seakan sama dan pemasaran muzik yang memualkan.
Jika ditanya saya personal siapa artis baru yang paling baik lima tahun kebelakang jawapan saya mudah – Aziz Harun. Potensi yang ada pada bakat ini cukup besar sebagai penyanyi juga pemuzik yang serius. Seawal single “Senyum” diedarkan sekitar 2014, Aziz dengan mudah buat saya terpikat dengan pesona bakatnya.
Berbekal lagu yang tampil dalam Pop yang moden dan tidak meleleh serta vokal tersendiri miliknya bakat besarnya sudah cukup meyakinkan biar hanya dengan satu single. Dan setelah itu dia terus tampil dengan lagu “Beautiful”, “Mama”, “Jangan” dan yang terkini duet bersama Hanna Delisha menerusi single “Hana” meneruskan kelangsungan bakat yang ada padanya.
Dan dalam pada ketika dia mucul ada seorang lagi nama yang menarik perhatian – Sissy Imann yang tampil cukup unik dan tersendiri menerusi single “Mungkin Kamu” yang pada saya ketika itu agak wow juga hasilnya. Dan faktor wow ini diteruskan dengan lagu “Keliru” yang cukup bergerak sendiri konsepnya. Tapi itu dulu Sissy yang sekarang a lil bit ermmm…
Ismail Izzani, Sarah Suhairi dan As’Ad Motawh saya kira sudah cukup dikenali di pasaran komersil. Nama-nama ini setidaknya akan bertahan 3 tahun mendatang
Corak pemasaran muzik (Penerbitan lagu dan muzik video khususnya) Warner Music (Andi Bernadee), World Peace Entertainment (Ismail, Naim Daniel & Firdaus Rahmat) serta Beegood Music (As’Ad Motawh) lebih bercitarasa berbanding FMC, Rusa atau Aries Music yang macam tu jugalah hasilnya.
Tapi sepertimana makanan begitu juga muzik berbalik pada citarasa dan ‘bajet’ dalam memilih makanan. Yang bajet ciput makanlah lauk yang serupa. Tapi itulah makanan sekarang pun sudah diolah mengikut market hari ini maka harus diingat sepertimana makanan, muzik juga perlu evolusi dan perubahan. Kalau tak bosan kedaung jawabnya.
Idea Astro memperkenalkan Big Stage sangat baik. Sebabnya kalau tiada program tersebut saya pun tak pasti betapa besarnya bakat Sarah Suhairi on stage! Dan saya juga sukakan Afieq Syazwan cuma dia masih belum mendapat lagu yang tepat. Direction harus diubah – dia boleh menyanyi, menari dan perform lagu Bruno Mars why still bagi lagu balada bunuh diri sebagai single?
Saya menghabiskan masa beberapa hari ini mendengar dan menyorot pasaran muzik anak-anak muda ini. Bakat solo lelaki banyak yang punya potensi berbanding solo wanita yang sama ada mahu menjadi the next Siti Nordiana dengan pengaruh muzik 90-an Ziana Zain.

Andi Bernadee – Satu Peluang
Direction muzik Andi sudah berada di landasan yang betul. Teruskan dengan karya-karya begini sebab Andi boleh carry all the way – rupa, gaya, vokal semuanya seiring. Pakej yang cukup cuma kena konsisten. Saya pasti Warner Music sudah punya rencana solid buatnya. Perhaps one more single in next 3 month dan sebuah single duet hujung tahun. Cukup sebagai rencana 2019 buatnya.
Insomniacks – Pulang
Pop band ini not bad at all. Single Pulang ada mood Pop ala Estranged dan Nastia, vokalisnya juga punya feel dan suara yang baik. Antara band anak muda yang punya potensi untuk pergi lebih jauh.
Sarah Suhairi – Nyawa & Raga
Nyawa & Raga tampil pada masa yang tepat di mana pasaran muzik lokal memerlukan vokalis wanita yang boleh tampil idea moderate dan up tempo Pop. Sarah mungkin bukan power vocalist yang mampu melantun balada nada tinggi bersifat akrobatik. Tapi kraf bakatnya tersendiri mengingatkan saya ketika Amy Mastura menakluk pasaran 90-an dengan caranya dahulu.
Amir Masdi – Puas
Soal bakat menyanyi dan perform Amir sudah cukup solid asasnya. Apa yang Amir perlukan adalah investor yang boleh melabur untuk bakatnya. Pemasaran perlu lebih kemas, berkelas dan berhasil.
Ismail Izzani – Bidadari
Pop semasa Ismail tampil semakin segar bermula single Sabar, Demi Kita dan yang terkini Bidadari sudah meletakkan Ismail ke depan lebih maju berbanding bakat muda lainnya. Dengan janji masa dan disiplin kerja yang tepat bakatnya boleh digilap kemas.
Hafeez Mikail – Rahsia
Saya tidak pasti jika tepat meletakkan Hafeez dalam legasi BBNU. But anyway lagu Rahsia ciptaan Malique & Dedeq tampil cukup tasteful sekali dan suara Hafeez mampu jadi pelapis soloist yang ada cuma saya tidak tahu keseriusannya dalam bidang nyanyian. Rugi jika tidak digunakan sepenuhnya, pakej untuk pergi jauh sudah lengkap.
Zaim Ajmal – Gadees
Sejujurnya lagu Gadees ini sekadar biasa sahaja tapi saya jatuh suka dengan suara Zaim yang ada weight. Dua tiga tahun lagi saya kira dia boleh evolve kalau serius.
Firdaus Rahmat – Aku Rayu
Baru mengedarkan single “Aku Rayu” ciptaan Omar K dan Ikhwan Fatanna, Firdaus ada talent menyanyi dengan baik, vokalnya ada pesona dan warna. Lagu “Aku Rayu” ini juga cukup ramuan untuk popular.
Bahiyya Haneesa – Material
Ini antara kejutan manis tahun lalu. Grup vokal wanita yang boleh dikedepankan. Sebuah lagi kolaborasi Omar K dan Ikhwan Fatanna yang sedap hasilnya. Banyak hal yang pasti dinantikan daripada grup wanita ini.
Naim Daniel – Sempurna
Naim ada suara yang pasaran hari ini perlukan. Muzik Pop nya juga baik dan saya kira dia juga senang diterima ramai cuma perlu hadir dalam strategi berbeza. Jika formula “Sempurna” dan “Sekali Lagi” diguna ulang akan jadi bosan dan forgettable.