
hal-hal penciptaan melodi yang baik saya kira serahkan pada Hael Husaini. Bagi seorang persona Pop, Hael bijak dalam meramu setiap idea yang ada ditafsirkan sebaiknya menerusi satu produksi muzik yang yang bercitarasa dan timeless. Hal ini bukan sesuatu yang boleh kita sangkal, Hael bersama siapa pun produser di sebalik karyanya akan tercipta sesuatu yang moden tanpa perlu terikat idea serupa.
Peralihan daripada Ezra Kong (Jampi, Haram, Hajat) ke MFMF. (Lara, Bujang) sehingga yang terkini bersama Iqie Hugh (Diam, Penjuara, Meriah Lain Macam) tidak membuatkan Hael hilang sakti dalam penghasilan lagu-lagunya. Akan ada pengisian dan pendekatan baru yang menjadikan dia bertumbuh (evolve) sebagai seroang pemuzik yang matang.
“Antonim PT.1” menjadi pertaruhan terbaik dalam satu perjalanan panjang Hael bermuzik. Ia satu bentuk, sifat dan idea yang dibaluti sempurna satu perasaan dalam lagu yang melengkapi. “Kejora” akan sentiasa menjadi my favorite gem. Meneruskan kelangsungan ini “Antonim pt. 2” bakal menyusul dengan pengenalan dua single awal “Alangkah” dan “Peluk” kolaborasi bermuzik bersama Nadeera.
Lagu: Alangkah
Persembahan: Hael Husaini
Komposer Lirik: Hael Husaini / Iqie Hugh
Penerbit: Iqie Hugh
Verdik: 9/10
“Alangkah” menghantui. Semua tentang lagu ini adalah tentang perasaan yang paling dalam dengan naratif sebuah pengharapan. Hael meramu muziknya sekali lagi cemerlang bersama Iqie Hugh yang membawa satu lagi dimensi berbeza dalam menikmati muzik Hael Husaini secara menyeluruh. Saya kira belum ada lagi lagu sebegini terhasil dalam katalog muziknya.
Korus “Kamu // Adalah nadiku // Degupan jantungku // Hanya untuk kamu.” dilantun lembut dan saya suka bagaimana lagu ini dikemaskan susunan muziknya tanpa menjadi terlalu terburu-buru dengan momentum yang dijaga sebaiknya.
Lagu: Peluk
Persembahan: Hael Husaini / Nadeera
Komposer Lirik: Hael Husaini / Iqie Hugh
Penerbit: Iqie Hugh
Verdik: 9.5 /10
“Peluk” lebih mengikat. This is probably antara melodi terbaik yang pernah Hael hasilkan sepanjang dia bermuzik. Seawal verse pertama menuju ke pre-chorus sehingga korus yang menjerat – “Peluk” terhasil sebagai Balada manis yang akan diraikan dalam jangka masa yang panjang saya percaya.
Kolaborasi bersama Nadeera memberi satu keseimbangan pada lagu ini bergerak sebagai naskhah romantis yang terhasil manis. Ia terhasil singkat tetapi itu saktinya untuk kita sebagai pendengar terjerat untuk mengulang dengar berkali-kali pastinya.
Dengan kehadiran dua single ini Hael meneruskan keterujaan saya untuk melihat apa yang bakal ia hadirkan dalam Antonim yang kedua nanti. Mungkin jika tidak keterlaluan untuk saya letakkan Hael ialah bintang Pop yang paling berevolusi kita ada di era ini.
ARTIKEL BERKAITAN