
Album: Lovelorn
Artis: Daiyan Trisha
Produser: Kuizz Shah / Daiyan Trisha / Megat Harith / Raja Nazrin Shah
Nama Daiyan Trisha dalam membentuk pasaran muzik tempatan mungkin tidak sedominan penyanyi lain yang usia bermuziknya seperti Daiyan. Fokus pada fesyen dan bergerak sebagai content creator itu mungkin memberi lebih pendedahan buatnya dikenali jadi muzik bukanlah fokusnya.
Namun satu hal yang saya kira tidak harus ditolak adalah citarasa Daiyan dalam muzik itu paksinya pada sesuatu yang cukup kekinian dan cukup fokus. Hal ini sudah dia buktikan sepanjang tempoh panjang dia bergelar pemuzik. “Passin’ Thru” kolaborasi bersama MFMF. antara all time favorite yang boleh dengarkan pada bila-bila masa pun.
Dan sejujurnya kerana lagu itu jugalah saya membuka mata saya akan hal-hal citarasa yang baik dalam muzik yang ada pada Daiyan. Album perdananya yang beredar di tahun 2019 dengan barisan Pop yang pelbagai ibarat satu pencarian dirinya dalam muzik.
Dan menerusi “Lovelorn” Daiyan sudah benar-benar faham dengan apa yang dia mahukan. Kesemua lagu yang terisi di album ini saya ibaratkan sebagai satu pelayaran emosi yang begitu personal dan sejujurnya anda tidak perlu pun untuk menjadi peminat Daiyan untuk enjoy the journey of this album. Yang anda perlukan adalah keterbukaan terhadap muzik itu sendiri.

Album ini dibuka dengan lagu yang lebih awal beredar “My Home is in Your Arms” bergerak sebagai pembuka yang sangat baik. Saya tidak begitu tertawan dengan penghasilannya namun ia masih okey dan ada kemasan muzik yang sangat baik.
“Everything We Had” (Daiyan Trisha / Megat Harith / Kuizz Shah) lebih menarik pendengaran saya. Melodinya cukup bagus dengan korus yang bergerak dengan satu naratif atas melodi yang membuatkan saya menyenangi pesona Daiyan. Penceritaannya dalam lagu ini sangat baik, vokalnya melengkapi kehendak muzik dan lirik yang ditulis juga benar-benar dirasai lewat penyampaiannya.
“Surrender” (Kuizz Shah / Megat Harith) membuatkan saya semakin senang dengan penghasilan album ini. Saya mengulang dengar lagu ini sebelum meneruskan transisi “Lovelorn”. Melodinya sangat bagus, malah boleh saya katakan ini antara lagu yang patut menjadi focus track di album ini. Korusnya menjadi daya tarikan utama. Momentum muziknya benar-benar mengikat pendengaran saya untuk fokus pada setiap perincian bunyi serta lirik di lagu ini.
Saya juga puas dengan persembahan vokal Daiyan. Dia mungkin bukan powerhouse singer tetapi Daiyan is a good story teller. Cara dia menyampaikan lagu ini dirasainya secukupnya. Hal ini buat saya berfikir banyak penyanyi memiliki suara yang power tetapi belum tentu memiliki penceritaan yang baik dalam nyanyian dan dalam bermuzik Daiyan is a good story teller.
Hal-hal penceritaan ini semakin baik lewat lagu “Pergilah” (Daiyan Trisha / Raja Nazrin Shah) sekalipun saya tidak begitu menggemari penghasilan melodinya tetapi Daiyan cemerlang dalam penyampaiannya. Satu lagi hal yang cukup baik di lagu ini adalah kemasan muziknya. Ini antara lagu yang disusun cukup cemerlang dengan produksi rakaman yang cukup baik, ia bergerak sebagai sebuah lagu yang memberi dinamik yang bagus untuk album ini.
“May”, “My Sweet Boy” dan “In Love With You” meneruskan idea, pemikiran dan hasil kerja Daiyan bersama produser muziknya. Ketiga-tiga lagu ini bergerak atas satu transisi muzik yang seiring seperti apa yang saya katakan tadi satu journey (pelayaran) muzik yang bercerita dalam lagu. Not just a filler tetapi ada potensi juga kesempatan untuk benar-benar diraikan.
“Lovelorn” (Daiyan Trisha / Kuizz Shah) yang menjadi focus track album ini membawa pendengar pada ilham 2000’s Pop. Ia mungkin kedengaran sedikit old fashion bagi bagi saya tapi saya juga pasti banyak millennial’s akan relate dengan melodi yang sebegini. It’s a fun track tapi saya kira ada lagu lain yang lebih baik pengahasilannya di album ini.
“LDR” (Naim Daniel / Daiyan Trisha / Kuizz Shah) buat saya tersenyum senang. This is how you do Ballad in 2024. Lagu ini memiliki satu struktur melodi yang simple dan tidak kompleks tetapi cukup menyentuh. Tidak perlu terlalu merintih dan meracau dengan vocal runs yang bingit dan bising. Saya sukakan chemistry Daiyan dan Naim. Suara mereka menyatu sangat sempurna baik feel serta penyampaian. Sedap sangat. This is definitely a repeat mode. Saya sangat berharap lagu ini ada kesempatan untuk menarik perhatian pendengar.
Album ini ditutup dengan “Unhappy” dan “The End” sebagai satu kesimpulan pada pengahasilan album ini. Seperti kata Daiyan lewat siaran akhbarnya – This is a heartbreak album dan ya itu yang kita dapat di “Lovelorn”. Saya yang pada awal tidak meletakkan ekspektasi tinggi pada album ini berhujung sangat menyenangi dengan penghasilannya.
Album ini bergerak sebagai satu kematangan Daiyan Trisha sebagai pemuzik, penyanyi dan tukang cerita. Sebelas lagu yang dihasilkan di album ini melengkapi satu antara dengan yang lain dan Daiyan berjaya membuat saya tidak skip malah satu lagu pun di album ini. Sehingga artikel ini ditulis saya harus katakan di sini ini antara album Pop terbaik yang dihasilkan tahun ini setelah “Antonim Pt. 1” (Hael Husaini) dan “Kembali” (Amir Jahari).
Till i’m ready for the next review, saya masih mahu mengulang dengar “Surrender” dan “LDR”.
8.5/10
ARTIKEL BERKAITAN