
Lagu: Bodoh
Artis: Anggis Devaki
Komposer / Lirik: Mario G. Klau
Produser: Erka Deni
Melaju terus pasaran muzik Indonesia dengan kebanjiran bakat-bakat muda yang mengisi ruang yang tersedia luas untuk bermuzik dengan cara yang cukup laju dan mudah. Maka satu per satu hadir mencuba nasib dengan ruan yang tersedia untuk mendapat tempat di hati pendengar muzik Indonesia umumnya.
Anggis Devaki satu daripadanya yang terkini hadir dengan komposisi komposer muda Mario G. Klau yan cukup banyak menghasilkan hits setahun dua kebelakangan ini seperti “Tak Segampang Itu”, “Tak Ingin Usai” dan “Pesan Terakhir” antaranya.
Dan untuk penyanyi muda bernama Anggis Devaki ini Mario sekali lagi menjual melodi Balada dengan jiwa galaunya menerusi karya berjudul “Bodoh”. Terhasil dalam ilham yang serupa dengan apa yang banyak ada di pasaran muzik sekarang, lagu ini sebuah percaturan untuk Anggis mencuri perhatian penggemar lagu begini.
Lagu ini dibuka dengan cukup menarik dengan mengambil sebahagian daripada korus lagu ini sebelum Anggis memulakan awal lagu dengan jeda suaranya yang besar dan menawan. Sakti utama lagu ini adalah suara dan feel Anggis yang sedikit berbeza jika mahu dibandingkan dengan bakat lain seperti Keisya Levonka atau Lyodra.
Korus lagu ini cukup baik, transisi muziknya disusun kemas dengan persembahan vokal Anggis yang menawan. Cuma saya masih kurang senang dengan perkataan ‘bodoh’ dalam penulisan lirik. Bait “Bodohnya ku selalu ada untukmu.” itu akan dinyanyikan berkali-kali olehnya. Kenapa nak membodohkan diri sendiri sekalipun dalam lagu?
Ada banyak cara lain dalam penulisan untuk menggantikan perkataan bodoh sebagai wakil rasa kesal ata kecewa sebetulnya selain perkataan bodoh itu sendiri yang saya kira akan menjadi refleksi kepada sang pelantun jika berkali-kali dinyanyikan.
6/10
ARTIKEL BERKAITAN