
Sandhy Sondoro nama papan atas pemuzik Indonesia sentiasa bergerak atas kraf muzik yang organik yang berbalik pada idea mengapa muzik itu sebetulnya cukup indah untuk dinikmati. Live recording, bebas auto-tune dan tiada efek khusus dalam pembikinan muziknya. Semua berjalan atas landasan penciptaan melodi yang menangkap dan vokal yang dilepas cemerlang.
Bermula dengan Malam Biru dan kemudiannya Tak Pernah Padam, Sandhy Sondoro is the man with the real soul. Dia membuat penggemarnya melayang dengan lagu-lagu melodious dan lirik-lirik cinta nan puitis.
Kali terakhir dia mengeluarkan album penuh berjudul Vulnerability (20014) dan kompilasi Love Songs (2016) dia tidak pernah gagal dalam berkarya mengikut acuan muziknya yang tersendiri.
Beautiful Soul buah tangan terbaru dalam mengikat penggemarnya diterbitkan dengan kematangan muzik yang cukup halus sekali penciptaannya. Single Sampai Usai Waktu bersama Monita Tahalea versi album dengan feel country terlalu hebat sekali saya kira hasilnya. If you gonna get married soon, this is the new love anthem!
Blues dalam lagu In The Heart of Bali Sun dan Jakarta Blues (bersama Once) antara lagu yang menarik dalam album ini. Saya kemudiannya lebih tertarik dengan lagu Damailah Indonesiaku. Patriotisme dalam folk pop dengan korus yang cukup hebat jiwanya.
“Berdamailah Indonesiaku, bersatulah saudaraku semua, berjanjilah oh bangsaku untuk selalu menjaga keutuhan negara kita tercinta…”
Killer album ini saya letkkan pada lagu Beautiful Soul yang nyata begitu baik sekali penciptaannya. Lagu begini saya kira mampu meneruskan kelangsungan melodi evergreen Tak Pernah Padam, Malam Biru dan End of Rainbow.

gambar: sondoromusic.com
Bait-bait korusnya “Damailah dirimu di sana semoga engkau lebih bahagia di sana, di syurga…” begitu tulus sekali disampaikan penuh perasaan Sandhy sebagai instrumen penting menggerakkan kehebatan album ini.
Mendengar album ini membuat saya berada di zon tenang dan menyenangkan. Melodinya lembut dan kemas – tidak bising dan ia terus meresap ke jiwa dengan penyampaian sempurna Sandhy serta kualiti rakaman muzik yang begitu lively. Sandhy saya kira sudah berada di tahap yang mana kraf muziknya di kelas yang cukup hebat tanpa perlu lagi terikat dengan pasaran muzik semasa.
Perjalanan saya dari Penang ke Kuala Lumpur menerusi tren panjang 4 Jam melewati kawasan pedalaman dengan pemandangan gunung-ganang dan hujan sekejap-sekejap beberapa minggu lalu bertemankan Beautiful Soul adalah pengalaman menikmati muzik yang mengasyikkan sekali.
The feeling is priceless, Begitulah hebatnya pabila satu persembahan muzik diproduksi dengan penuh tataadab dan kejujuran mendahului cerita-cerita pelantun yang dionyokkan media komersil.
Album ini ternyata antara yang cukup halus sekali penghasilannya dan saya cadangkan Beautiful Soul menjadi rujukan pemuzik-pemuzik muda yang serius dalam penghasilkan karya mereka.
BACA JUGA:
“1/4” Pertaruhan Synth Pop Dalam Redup Suara Petra Sihombing