Rossa melewati pasaran Pop Indonesia dengan cemerlang sebagai seorang penyanyi Balada yang pengaruhnya tidak sahaja di Indonesia tetapi menempias di negara-negara jiran, Malaysia khususnya yang sentiasa menanti-nantikan lagu-lagu galau terbarunya.
Biar kadang formula muziknya sama sahaja antara satu dengan yang lainnya tetapi ia standard muziknya ditinggikan dengan kemasan muzik dengan instrumentasi yang cukup mewah lantas menghasilkan sound yang lebih grand pastinya. Hal ini sangat jelas dalam lagu-lagu yang terisi di album terbarunya Another Journey.
Terisi 10 trak dengan hanya lima lagu baru, selebihnya hanyalah lagu-lagu yang telah diedarkan lebih awal jadi saya tidak pasti ini dipanggil album penuh atau album kompilasi dengan empat lagu baru, but nevermind mari kita hanya berbicara tentang lagu-lagu baru yang ada di album ini jika boleh saya ungkapkan dengan satu frasa – Ermm meh..
“Wanita”, “Masih”,”Terlalu Berharap” dan rakaman semula lagu asal Glenn Fredly “Sekali Ini Saja” juga korean version “Hati Yang Kau Sakiti” membuka album ini sebagai perjalanan yang lebih awal dijelaskan Rossa dalam trak “Intro” yang ideanya terlalu 2000-an. Remember pabila Siti buat intro dan outro di album “Prasasti Seni”? So do we still need to listen to this kind of idea di tahun 2023? NOPE.
Namun ada kemanisan di album ini yang membuat saya tersenyum menikmati dengan rasa senang dan lapang. “Bertengkar Manis” (Barsena / Bestandhi) kolaborasi Rossa bersama Barsena saya letakkan sebagai titik penting yang menjadikan album ini istimewa. Melodinya terhasil cukup menyenangkan seperti bait liriknya “Ku suka caramu //Membujukku, tenangkan hatiku.”
Melodi lagu ini saya kira harus menjadi arah sebenar muzik Rossa sekarang tanpa perlu terlalu bergantung pada Balada yang merintih-rintih. Saya sangat bahagia mendegarkan kolaborasi Rossa – Barsena di lagu ini yang cukup terhasil manis dan membahagiakan. Saya mengulang dengar dua tiga kali sebelum ke trak berikutnya
“Lupakan Cinta” (Mahalini / Martinus Layardo) berlegar idea Balada Indo yang biasa kita dengar. Kesinambungan lagu-lagu “Sisa Rasa” atau “Tak Ingin Usai” atau “Peri Cintaku” yang sedia popular hari ini. Lagu-lagu begini sebetulnya saya sudah semakin bosan tapi itulah saya percaya lagu inilah yang akan terus memberi populariti buat Rossa. Nothing much to say, just another Ballad dengan idea serupa.
Rossa meramu kembali hits Candra Darusman menerusi lagu “Kau” yang terhasil simple dan sekali lagi tanpa hadir dengan idea baru, sekadar menambah beat dan lirik hip-hop yang sudah dilakukan berkali-kali. Ia selamat sebab lagu Candra Darusman ini asalnya memang sudah tersedia sedap.
Saya mula jatuh bosan di dua lagu ini dan sedikit teruja pabila melihat kredit, Melly Goeslaw turut menghasilkan sebuah lagu di album ini berjudul “Akhirnya” yang ermm, what is this? 2001? Melodi, susunan muzik sehingga keseluruhan produksi lagu ini terlalu old fashion dan menghampakan.
Kalau anda pendengar Melly di era Potret anda mungkin faham maksud saya. Lagu begini tidak langsung memberi apa-apa evolusi untuk Rossa evolve sebagai pemuzik. Such a waste, saya kira Rossa patut bekerja dengan produser muda seperti S/EEK, Laleilmanino atau SOIN untuk meninggikan standard Popnya.
Sebagai pendengar (pembeli) Rossa sejak bertahun lamanya, saya kira saya berhak untuk demand a great music from her. Album ini tidak langsung membuatkan saya impress dengan penghasilan keseluruhan. Terlalu lame dan tipikal. Tiada apa yang baru dan memberi keturujaan untuk saya melekat menikmatinya selain lagu “Bertengkar Manis”. Tapi kalau korang jenis enjoy AJL album ni korang akan sukalah.
4/10
ARTIKEL BERKAITAN