
Sebelas musim bersiaran, Gegar Vaganza membuktikan ia sebagai sebuah program hiburan yang masih rasional dan tinggi permintaannya. Memahami kehendak pertandingan, kesemua peserta saban musim semakin siap bersaing dengan strategi pastinya.
Siapa yang bijak mengambil peluang, GV menjadi platform terbaik mendapatkan kembali peluang yang mungkin tersisih dahulu.
Ayai, Siti Nordiana, Azharina, Aishah, Noryn Aziz, Hady Mirza, Naqiu, Clif Umar, Alif Aziz dan Jaclyn Victor sudah diangkat sebagai juara. Ada yang menggunakan peluang sebaiknya, ada yang tenggelam tanpa sebarang kemahuan meneruskan perjuangan.
Biar tidak bergelar juara, nama-nama seperti Liza Hanim, Shila Amzah, Amelina, Zamani, Haiza, Dina dan beberapa lagi sudah siap menggunakan peluang yang ada untuk kembali relevan, terus bekerja dalam bidang muzik sebagai sebuah kelangsungan.
GV bukan lagi tentang siapa yang bakal bergelar juara tetapi siapa yang akan menggunakan peluang yang diberi sebaiknya.
Keseimbangan di antara nilai hiburan, kualiti peserta dan kredibiliti juri-juri menjadikan GV masih belum lagi memperlihatkan ia akan berkurang permintaan. GV seimbang dalam memberi hiburan baik pada penonton, keuntungan buat penaja dan kepercayaan pada pasukan yang merencana program ini.
Persaingan di antara Liza Aziz, Sheila Abdull, Dadali Dyrga, The Lima, Zehra Zambri dan Ning Baizura bermula malam ini. Siapa yang akan menggunakan peluang ini untuk terus berkarier?
DADALI DYRGA (45%)
Masalah utama Dyrga setiap persembahannya tiada perkembangan berperingkat. Ia akan bermula dan berhujung dengan momentum serupa tanpa klimaks.
DYRGA BERSAMA JAMAL ABDILLAH (56%)
Dalam persembahan ini jelas nampak apa yang kurang pada Dyrga adalah masalah projection yang tertahan-tahan dan tak lepas nyanyiannya.
SHEILA ABDULL (76%)
Sheila in control dan sangat menyerlah aura bintangnya. Persembahannya kemas walau ada masalah sebutan di beberapa bahagian tapi Sheila memberi attitude yang secukupnya untuk persembahan malam ini.
SHEILA BERSAMA TAUFIK BATISAH (57%)
Persembahan yang okey cuma kurang chemistry dan kurang impak. Nyanyian Sheila sekadar selamat tanpa ada hal yang lebih.
ZEHRA ZAMBRI (34%)
Zehra tend to over do pabila dia mula excited. Dan malam ini sekali lagi dia kurang relaks sehingga menggangu nyanyian. Persembahan jadi kurang kemas dan ada banyak bahagian all over the place.
ZEHRA BERSAMA JACLYN VICTOR (61%)
Lebih baik dan terkawal kali ini. Zehra pabila relaks, nyanyiannya lebih tenang dan feel dirasai. Jac beri ruang untuk Zehra memiliki momennya. Seimbang.
NING BAIZURA (81%)
Ning selesa dengan nyanyian lagu soulful begini. Lagu Inggeris kelebihan Ning dan air lagunya mengena. Tanpa kurang dan lebih.
NING BAIZURA & PASHA (80%)
Korus kedua sangat menarik. Chemistry sangat baik dan suara Ning solid. Puas mendengar nyanyiannya malam ini.
THE LIMA (75%)
Persembahan The Lima kemas dan ada dinamik yang baik pada pembahagian vokal juga harmoni. Sedap dan melengkapi sebaiknya kemasan muzik malam ini.
THE LIMA & DOLLA (30%)
Kalau bukan faktor lagu yang familiar dan fun persembahan ini such a mess. Dolla sudah semacam back up vocal dan penari sahaja. Persembahan yang tiada keseimbangan berduet.
LIZA AZIZ (100%)
Nak cakap apa lagi, semuanya sempurna dan berjalan sebaiknya seperti selalunya. Nyanyian merdu dengan feel yang tepat dan cukup flawless.
LIZA AZIZ & KRISDAYANTI (61%)
Tak puas sebetulnya mendengarkan duet ini, Krisdayanti mendominasi persembahan pada bahagian penting. Namun Liza mengambil bmemberi justifikasi yang secukupnya untuk menyeimbangi tenaga yang diberikan KD. Sepatutnya mampu jadi lebih baik.
*Peratusan adalah penilaian Muzik Kita
ARTIKEL BERKAITAN