
GAC (Gameliel, Audy & Cantika) tiga bersaudara yang bermula sebagai YouTube sensation sekitar 2009 memikat penggemar muzik Indonesia dengan rakaman lagu-lagu Jason Mraz dan Lady Gaga khususnya. Dan bermula dari itu perjalanan muzik mereka bermula dengan tempo Pop sederhana menerusi debut self-titled yang diedarkan pada tahun 2012. Biarpun ketika itu nama GAC tidaklah begitu diambil serius namun tidak ada sedetik pun buat mereka berhenti untuk menjadi pemuzik yang serius.
Album kedua menyusul dengan lebih solid feel urban dengan beat dan momentum muzik rancak yang membuka mata lebih ramai orang dengan single Bahagia dan Cinta khususnya. Namun, pada saat itu GAC sejujurnya masih belum berjaya menarik perhatian saya sehinggalah tahun ini mereka tampil dengan single berjudul Sailor yang cukup dasyat sekali produksinya bagi saya.
Dan hanya selepas itu saya kembali mendengar Stronger dan single-single lain seperti Suara dan Satu (yang turut dimuatkan dalam Resonance) untuk memahami Pop cara GAC dan ternyata silap saya adalah mengambil masa terlalu lama untuk mengenal struktur muzik GAC yang sebetulnya sedikit ke depan berbanding sosok Pop yang lain di pasaran muzik Indonesia.
Album ini bergerak sempurna dengan satu continuity muzik yang cukup kemas. Transisi daripada satu lagu ke lainnya cukup sekata. Satu dan Suara memulakan pelayaran Resonance sebelum diteruskan solo Audrey dalam Love Saves.
Pendengaran saya terus tertangkap dengan lagu berikutnya Need Somebody yang cukup moden dan saya sukakan sekali penulisan liriknya “Cause I need somebody not just a body…” Saya kira cukup mentafsir idealism millenial hari ini. You know all those Tumblr quotes and citation.
Sailor dan Love Will Stay saya letakkan sebagai lagu terbaik album ini.
Saya benar-benar terbuai dengan persembahan tiga saudara ini dalam Love Will Stay. Petika piano dan string serta vokal menyatu baik dalam lagu yang cukup sedap sekali melodinya ini. Begitu mengkhayalkan sekali.
Serenity tampil feel lo-fi yang cukup menyenangkan seperti mendengar lagu-lagu KRNB – Dean, Suran dan Dynamic Duo. Pendengaran saya sekali lagi terbang dengan mellow Gamaliel dalam lagu Gelap Malam. Seawal bait “Terlalu banyak tetes air mata…” sudah buat saya melayang jauh. Feel Gamaliel begitu dalam dan organik (jujur) sekali.
Album ini ditutup dengan Lagu Hari Ini yang menjadi single terbaru GAC yang masih memiliki esen muzik Pop mereka yang cukup fun dilayani.
Mendengar album ini, GAC benar-benar buat saya kagum dengan keseriusan mereka mencipta kraf muzik Pop yang lebih modern dan urban dengan segala elemen dan corak penataan muzik yang cukup current dan bersesuaian dengan karakter vokal berwarna mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kunto Aji (Mantra Mantra) – Satira Kegelisahan Hidup Dalam Kesinambungan Muzik Yang Mendewasakan