Dihimpit Keraguan (Sheila Majid)
Komposer / Lirik: Mazlan Hamzah / Rosalan Aziz / Habsah Hassan
Lagu yang cukup underrated tetapai terhasil dalam sebuah komposisi muzik yang cukup hebat. This is one of Sheila best Ballad she ever recorded. Melodi Mazlan Hamzah dan Roslan Aziz di lagu ini memberi standard baru Balada tempatan ketika diedarkan. Dengan tulisan lirik hebat Habsah Hassan dan persembahan baik Sheila Majid menjadikan lagu ini antara yang cukup hebat pernah dihasilkan di era 80-an.
Jauh Dirindu (Sheila Majid)
Komposer / Lirik: Othman Mohamad/ Habsah Hassan
Freedom memiliki standard Ballad berbeza jika diamati betul-betul. “Jauh Dirindu” satu daripadanya yang cukup menarik sekali pernah terhasil. Kesyahduannya datang dengan kelembutan dalam menyentuh emosi pendengar.
Lagu Dari Kamar (Noorkumalasari)
Komposer / Lirik: Richard Hoon / Habsah Hassan
Selain “Hati Seorang Kekasih” sebuah lagi Balada yang indah yang pernah dirakam oleh Biduanita Noorkumalasari adalah lagu karya cipta Richard Hoon berjudul “Lagu Dari Kamar” yang dipetik daripada album “Aku Di Sini” (1984). Lagu ini hadir dalam acuan muzik Balada 80-an yang biasa kita dengar tanpa jemu dengan puitis lirik tulisan Habsah Hassan yang alur ceritanya begitu syahdu sekali.
Tanpamu Ku Sepi (Sharifah Aini)
Komposer / Lirik: Copyright Control / Habsah Hassan
Lagu yang cukup jarang diperkatakan dalam ribuan lagu yang dirakamkan Biduanita Pop Melayu ini. Sharifah Aini menerusi lagu saduran ini mengalunkan sebuah emosi yang bergerak dalam cukup dalam. Ini antara personal favorite saya dalam banyak-banyak Balada yang dirakam penghibur berbakat ini. Jika anda belum pernah mendengarkannya, You really should!
Janjimu Ku Kenang (Sudirman)
Komposer / Lirik: Adnan Abu Hassan/ Habsah Hassan
Komposisi muzik Adnan Abu Hassan menerusi lagu ini menyuntik sesuatu yang moden dalam susunannya. Melodinya cukup sedap didengar dan penyampaian Sudirman sentiasa menyentuh tanpa perlu memaksa pendengar larut ia berhaya dihasilkan dengan penuh emosi.
Ku Terbakar Kepanasan Cintamu (Ramlah Ram)
Komposer / Lirik: Ahmad Nawab / Juwie
Ratu Balada 80-an Ramlah Ram antara yang cukup unik dengan cara penyampaiannya yang tersendiri. “Kuterbakar Kepanasan Cintamu” saru daripada Balada ciptaan Ahmad Nawab yang pernah dirakamkan dan memberi impak dalam kembara muziknya sehingga hari ini. Biar terhasil agak meleleh dan dan mendayu namun ia benar-benar memberi justifikasi buat kemampuan Ramlah Ram untuk menyinar ketika itu.















